Friday, 19 June 2015

SHOPPING ONLINE MURAH MURAH

Lazada adalah salah satu cara pembelian produk fizikal secara 'online'. Mungkin ada di antara anda pernah melalui pengalaman yang kurang menyenangkan dengan Lazada mahupun syarikat jualan online yang lain.
Apapun saya lebih senang membuat pembayaran secara tunai apabila barang telah sampai ke tangan saya. Ini adalah bertujuan untuk menyemak kualiti dan kuantiti barang yang dipesan.



Saya percaya Lazada adalah pilihan yang terbaik kerana harganya yang lebih murah berbanding harga di kedai atau pasaraya mahupun syarikat jualan online yang lain. Anda boleh dapatkan harga yang jauh lebih murah di 'Clearance Sale'Penghantaran Percuma untuk nilai pembelian tertentu.



KEK SPAN PANDAN

Bahan-bahan 


- tepung super fine - 150 gram
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau


Cara-cara membuatnya..


1. satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

3. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

4. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...

5. pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

KEK VELVET

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )


5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
10 sb mentega cair (100g)

- Pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka

- Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.


KEK MINYAK

Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
  5. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

KEK LAPIS SARAWAK

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

BAHAN A (dalam kek)

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet

BAHAN B (dalam kek)

200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair
Cara-cara

CARA UTK MEMBUAT DLM KEK

1. Pukul Bahan B hingga sebati.
2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
4. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. 6. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.

CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK

1. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci


Sumber : http://resepibiskut.blogspot.com/search/label/Kek%20Lapis%20Sarawak

KEK KARAMEL PELANGI

BAHAN GULA HANGUS:

2Sb gula
Tabur gula dlm loyang n msk ats api hgga cair n bertkr perang.ratakn keslrh dasar loyang.ketepikn.

BAHAN KARAMEL

1/2 tin susu cair
70g gula hls
1/2 st vanilla
3biji kuning telur
-kacau telur dan vanilla dgn whisk prlhn2.
-masukkn susu n gula kacau lg hgga gula larut tp perlhn sj.
-tapis kedlm loyang gula hangus td.ketepikn.


ADUNAN KEK

70g gula halus
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyk msk
140g gandum-1st baking powder(diayak bersama)
-pukul telur,minyk & air sampai gebu mengembang & bertukr wrn putih.
-masukkn gula & pukul lg hgga naik skali ganda.
-masukkn gndm skt2 & kacau dgn senduk @ spatula shj hgg sebati.ketepikn.

ADUNAN MERINQUE(ADUNAN PUTIH TELUR)

6 biji putih telur(dr 6biji kuning telur diats)
70g gula hls
1 st cream or tar tar

-putar putih telur hgga berbuih & masukkn gula putar lg hgga adunan kental & kaku iaitu jika diterbalikkn mangkuk,adunan x jatuh.
-mskkn separuh kedlm adunn tepung td kacau perlhn ngn senduk & mskkn separuh lg & kacau hgga btl2 sebati.perlhn2 shj.
-bahagikn adunan 3 bahagian,warnakn dgn 3 wrn.
-tuangkn 1 senduk utk 1 wrn & selang seli dgn wrn berlainan keatas loyang karamel td.(adunan akn terapung)
-bakar dgn kaedah steam bath(masukkn loyang kek kedlm loyang yg lbh bsr yg berisi air panas)
-ltk dlm oven pd rak plg bwh.
-bkr suhu160c dgn api bwh shj 1 jm @ hgg msk
45 min pertama guna api bawah, 15 min setrusnya gna api atas bwh (brgantung pd oven masing2).biarkn kek benar2 sejuk baru di terbalikkn loyang kek.


Sumber : http://resepibiskut.blogspot.com/2014/02/resepi-kek-karamel-pelangi.html#more

KEK GULA HANGUS

Bahan- bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara Membuat:

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
  4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

KEK BUTTER

BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu fresh milk
210 gm tepung gandum -diayak
1 sudu kecil serbuk penaik-diayak dgn tepung

*Boleh masukkan sedikit pewarna coklat.

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.
  2. Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dan dibakar selama 50 - 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
  4. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.

KEK ASAM MANIS

Bahan-bahan

250 gm Buttercup/ Margerin D’bake
1 Cawan gula halus
1 ½ cawan tepung biskut (biskut merrie @ cream cream cracker-blend kering)
1 tin susu kecil pekat manis (kalau yg tinggi sket tu ambil ¾ tin)
6 biji telur gred A ( if telur biasa 7 atau 8 biji)
1 tutup esen vanilla
Pewarna hijau dan kuning
5 peket asam manis.

Cara-caranya

  1. Pukul telur hingga kembang-dalam satu bekas.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang,kemudian masukkan esen vanilla.-dalam satu     bekas lain.
  3. Kemudian barulah campurkan telur yang telah dipukul kembang dengan butter dan gula yang telah dipukul asing tadi dalam satu bekas.
  4. Masukkan tepung biskut, kemudian susu dan kacau hingga sebati.
  5. Asingkan kepada 2 bahagian-satu kuning dan satu hijau.
  6. Kukus kek selapis demi selapis.

JUAL SSL CERTIFICATE


Sijil pengesahan atau perakuan SSL adalah sesuatu yang biasa digunakan pada laman web untuk membuktikan laman web tersebut adalah selamat. Perakuan tersebut ditandatangani atau disahkan secara digital oleh pemegang atau autoriti yang dipercayai selepas mereka mengesahkan identiti daripada laman web yang selamat. Kebanyakan pengguna laman web perlu memastikan atau mengetahui laman tersebut adalah selamat sebelum mereka membuat bayaran atau memberi informasi peribadi. Jadi, pemunya laman web MEMERLUKAN sijil pengesahan atau perakuan SSL. 

Anda boleh menjadi 'partner' kepada syarikat yang menawarkan 'SSL Certificate' dan menjualnnya bagi pihak mereka. Syarikat tersebut akan menjual 'SSL Certificate' tersebut kepada anda dengan diskaun dan anda akan menjualnya semula atau mereka akan tawarkan insentif berdasarkan jumlah jualan yang anda lakukan. Contoh syarikat yang menawarkan 'SSL Certificate' adalah symantec.
Langkah yang patut anda lakukan adalah;


  1. Layari internet dan pilih syarikat yang menawarkan SSL certificate'.
  2. Daftar untuk membuka akaun dengan syarikat tersebut.
  3. Cari dan kenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi dan mula membuat jualan.
  4. Sediakan senarai jualan yang telah anda buat setiap bulan kepada syarikat tersebut.
  5. Dapat insentif.


Thursday, 18 June 2015

BISKUT CORNFLAKES MADU

Bahan-bahan 


4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 6. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.


Sumber : http://resepibiskut.blogspot.com/search/label/Biskut%20Cornflakes%20Madu

BISKUT MAMA CAREY

Bahan A

200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila 


Bahan B - di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu

Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan : Coklat emulco / manik hundred thousand 

Cara-cara :

  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  • Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
  • Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
  • Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
  • Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.



Sumber : http://resepibiskut.blogspot.com/search/label/Biskut%20Mama%20Carey

BISKUT MAKMUR

Bahan-bahan 

Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara

  • Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
  • Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
  • Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
  • Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
  • Cairkan minyak sapi
  • Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
  • Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
  • Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
  • Biskut yang sudah masak, bolehlah digulingkan ke dalam gula aising.
  • Siap untuk dimakan.

BISKUT SUJI

Bahan-bahan

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara Penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.


Sumber : http://resepibiskut.blogspot.com/search/label/Biskut%20Suji

BISKUT GAJUS

Bahan-bahannya:-

200 gram mentega
100 gram gula icing
1 biji telur
5 gram esen vanilla
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus

Cara-caranya:-

  • Pukul mentega dan gula icing hingga kembang. 
  • Masukkan telur dan esen vanilla. 
  • Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung. 
  • Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentukkan seperti gajus.hiaskan sebiji gajus di hujung adunan tadi.Sapukan telur ke atas biskut tersebut. 
  • Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.

BISKUT DAHLIA

Bahan-bahan

3 biji merah telur
2 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin tepung jagung
2 cawan tepung gandum
2 cawan mentega
2 ½ cawan gula halus
½ sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan

  • Pukul telur bersama gula halus sampai naik.
  • Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. 
  • Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap dan bakar.