200 gram daging kisar
2 biji telur (dipukul)
½ cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Secubit bahan perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara masakan Resepi Bergedel Daging:
1. Gaulkan semua bahan-bahan bergedel daging sehingga sebati kecuali telur dan minyak.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan telur ke dalam minyak.
5. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama mee sup, nasi air, makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu Resepi Bergedel Daging
Sumber asal dari www.ciktom.com
No comments:
Post a Comment