Sijil pengesahan atau perakuan SSL adalah sesuatu yang biasa digunakan pada laman web untuk membuktikan laman web tersebut adalah selamat. Perakuan tersebut ditandatangani atau disahkan secara digital oleh pemegang atau autoriti yang dipercayai selepas mereka mengesahkan identiti daripada laman web yang selamat. Kebanyakan pengguna laman web perlu memastikan atau mengetahui laman tersebut adalah selamat sebelum mereka membuat bayaran atau memberi informasi peribadi. Jadi, pemunya laman web MEMERLUKAN sijil pengesahan atau perakuan SSL.
Anda boleh menjadi 'partner' kepada syarikat yang menawarkan 'SSL Certificate' dan menjualnnya bagi pihak mereka. Syarikat tersebut akan menjual 'SSL Certificate' tersebut kepada anda dengan diskaun dan anda akan menjualnya semula atau mereka akan tawarkan insentif berdasarkan jumlah jualan yang anda lakukan. Contoh syarikat yang menawarkan 'SSL Certificate' adalah symantec.
Langkah yang patut anda lakukan adalah;
- Layari internet dan pilih syarikat yang menawarkan SSL certificate'.
- Daftar untuk membuka akaun dengan syarikat tersebut.
- Cari dan kenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi dan mula membuat jualan.
- Sediakan senarai jualan yang telah anda buat setiap bulan kepada syarikat tersebut.
- Dapat insentif.
No comments:
Post a Comment